Alumnice.co – Lakukanlah Bentuk Pantomim Berdua Dengan Tema Persahabatan
bercuti adalah utk berehat…. so, bg org yg bekerja, bercuti adalah satu nikmat yg payah utk didapati… jd, cuti panjang, kena digunakan sebaik mungkin…
ini kisah aku masa cuti yg lepas… aku berpeluang kali ni utk terbang ke Ho Chi Minh, Vietnam… hmmmm, kami pergi dgn travel agent… bermaksud, semuanya sudah diuruskan termasuk tiket penerbangan, penginapan dan perjalanan di Vietnam nanti….
tak sabar weihhh, nak terbang2 ke Vietnam pulak… Vietnam adalah negara dalam Asia Tenggara, yg mana berjiran dgn Cambodia dan Laos… rasanya tak byk beza antara Thailand ngan Vietnam kot… aku bandingkan dgn Thailand, sbb itulah negara Asia Tenggara terdekat pernah aku pergi…
kami terbang menaiki Air Asia terus ke Ho Chi Minh… penerbangan dari LCCT ke Ho Chi Minh, ambil masa dlm 2 jam… kami semua berkumpul kat LCCT, dan waktu tuh lah aku baru berkenalan ngan beberapa org, yg kebanyakkan nya kawan kepada Kak Leez….
nasib baik ada Yon, hahahahhahaa… tak lah aku boring sorg2, tak kenal sapa2…. ok, dah sampai masa naik kapal terbang…. yg ikut terbang bersama sekali wakil dari travel agent, Mr Edward dan Kent…
aku suka, aku suka, aku suka…. dpt tempat kat tepi tingkap…. hmmmm, bagus gak aku tak mabuk udara macam aku mabuk laut… kalau kat laut, dah lama aku tutup mata, nak muntah bagai…. tp, kalau naik flite, aku suka dok tepi tingkap…. ntah lah, seronok tgk pemandangan dari atas, semua benda kat bawah jd kecik2 je….
dok tepi tingkap, apa lagi dok seronok amik gambar awan je…. aku teringat kawan aku cita, waktu dia kecik2, kawan dia naik kapal terbang bg tau kat dia, “kalau nak pegang awan tuh, bukak je tingkap”…. hahahhahaaa… kau!!! waktu kecik2 mmg aku percaya nak mampus lah boleh pegang awan….
awan Vietnam ngan awan Malaysia ada rupa lain ka..??? yg pi amik gambar beria tu…??? hahahhahaaa, dak pun… saja galak seronok pegang kamera….takpa takpa, biar awan tuh kat situ…
bila dah hampir sampai ke destinasi, kapal pun dah terasa menurun, lebih jelas pemandangan kat bawah… kebetulan Ho Chi Minh agak berdekatan ngan laut… byk aliran sungai yg boleh dilihat dari atas, berselirat sana sini, bersimpang siur semua menuju ke laut….
akhirnya tiba masanya, kami mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa TanSonNhat, Ho Chi Minh, Vietnam…
lepas semua dah amik bagasi masing2, kami semua pun keluar dan ada bas mini dgn pemandu pelancong yang menunggu kami kat luar… rombongan kami ada hampir 15 org, jd kami semua akan bergerak dgn bas mini nih sepanjang lawatan….
pemandu pelancong kami menyambut kedatangan kami ke Ho Chi Minh dengan penuh cerita… dan bg yang tak tahu, nama lama bagi Ho Chi Minh ialah Saigon… bandar ni mmg penuh dgn motosikal… penduduk di Ho Chi Minh byk menggunakan motosikal dlm kehidupan seharian…
sampaikan pemandu pelancong kami kata, kalau nak melintas jalan yg penuh dgn motosikal pun, tak kan ada
accident… sapa2 yg lintas jalan, hanya perlu jalan, tanpa perlu peduli dgn motosikal yg mendatang, sbb pemandu2 motosikal yg akan mengelak org yg sedang melintas tuh…. aku tak berani buat… tp, aku tgk dgn mata kepala aku sendiri seperti apa yg diceritakan pemandu pelancong kami tuh…
destinasi pertama ialah tempat makan… lapar lah weih, dah lah 2 jam dok dalam kapal terbang… pastuh dok tunggu bagasi lah, kastam lah, cop paspot lah, perut pun dah mula nyanyi2…
tak tau lah kenapa dia bagi nama ‘Satay House’, sbb aku rasa tak de plak aku nampak sebarang jualan sate kat sini… tp, tak mengapa…. sedap dapat makan nasi, walaupun di Vietnam….ada sate ke takde sate ke, bersyukur alhamdullillah, kenyang… lepas makan, kami bergerak ke tempat lawatan pertama… tp, sebelum tuh, singgah dulu kat satu masjid utk bersolat…
selepas semua dah selesai, kami pun meneruskan perjalanan… nak pi mana..?? kami akan pergi ke Sg, Mekong utk melihat beberapa penempatan yang ada di sana… perjalanan mengambil masa lebih dari 1 jam… tgk pemandangan Bandaraya Ho Chi Minh yg tak kurang hebat dari Bandar Kuala Lumpur… cuma tak de lah jalan2 kat sini jem tahap melampau…
kalau diperhatikan, kebanyakkan rumah2 di sini dibina lebih dari 2 tingkat… kata pemandu pelancong kami, tanah di sini sgt mahal… jd rumah dibuat meninggi kerana katanya, tanah kena bayar tapi di atas percuma…
tgk sana, tgk sini, dgr coleteh pemandu pelancong kami, kemudian mata pun makin layu… kebetulan lak perjalanan ke Sg, Mekong tu diikuti dengan hujan lebat… sejuk, ngantok, baru turun flite, lengkap semua pakej utk tido…
alhamdullilah, bukak mata, sampai dah kat destinasi, hujan pun dah reda (seriat kata org utara)…. kami akan naik bot utk menjelajah ke kawasan penempatan berdekatan…
kami semua naik bot dan menuju ke kawasan perkampungan sekitar Sg. Mekong tuh… mula2 sekali bila turun dari bot, kita akan berjumpa dgn tempat membuat gula2 kelapa… ada macam2 lagi kat sana, lebih kurang macam industri kecil dan sederhana… dan mungkin sbb kami mula2 sampai ke kawasan ni dulu, jd agak teruja membeli belah kat kawasan nih…
aku rasa dlm sejam jugak lah kami kat situ… dan akhirnya waktu nak balik, kami semua perlu naik sampan utk menuju ke tempat bot berlabuh mula2 td… maksudnya, dari awal turun bot, kita akan jalan kaki merentasi kampung… dan akan balik semula ke tempat bot, dengan menggunakan sampan… hahahahahhaa, gayat mak ngkau nak kena naik sampan…
kat atas bot masa nak balik ke pelabuhan semula, kami semua di berikan air kelapa sebagai penghilang dahaga… sambil minum2, sambil bergerak pulang… mendamaikan sungguh suasana ptg, kebetulan lak baru lepas hujan…
perjalanan pulang pun amik masa lebih dari sejam… sampai kat Saigon semula dah mlm… terus plak menuju ke Restoran Empat Musim, utk makan malam…
selesai makan, barulah kami semua menuju ke hotel utk penginapan… mak eehhh, punya berjalan…
wah, bestnya masuk2 tgk bilik sgt2 besar… mata pun dah mula berat, setelah berjalan satu hari… besok satu hari lagi jalan2… berehat lah…!! abes dah hari 1…
Lakukanlah Bentuk Pantomim Berdua Dengan Tema Persahabatan
Sumber: https://terjunbangunan.blogspot.com/2013/02/bercuti-ke-ho-chi-minh-hari-1.html